1
Cik Danea Alya Ashikin Dari Ayer Molek Melaka.... "Selepas saya membayar melalui Mayban2u.com, pesanan saya sampai keesokan harinya..Tq"
2
Puan Ena Dari Kulai..."Setelah saya mencuba IQ & EQ Booster anak-anak saya menunjukkan perubahan yang positif.. jadi sekarang selain saya membeli untuk anak-anak saya juga menjual IQ & EQ Booster
3 Cikgu Noor Azian Dari Ipoh.."Saya mengalami migrain yang teruk.. selepas mencuba produk homeopathy ini migrain saya telah OK dan mampu memandu diwaktu panas terik..."
4
Puan Arifah Dari Keramat.."Saya telah mengambil IQ & EQ Booster dan lain-lain penawar Homeopathy sebelum dan selepas mengandung, syukur anak kecil saya mempunyai tulang yang kuat, minda yang cerdas dan sihat"
5
Ahmad Amiri Dari Pengkalan Chepa Kelantan.."Terima kasih pesanan saya tiba pada waktu yang dijanjikan"
6
Siti Sahrini Shalim Dari Okayama City Japan.... "Walaupun saya berada di Jepun saya masih boleh memesan penawar-penawar Homeopathy, web ini memamg praktikal"
view all feedbacks.
Order Your Remedy Online..We Send To Your Doorstep. Trusted Since 2006
Pesan Penawar Di Online. Dipercayai Semenjak 2006
FAQ - Soalan lazim yang sering ditanya
Soalan yang sering ditanya mengenai memesan ubat-ubatan di online :
1. Adakah ubat-ubatan ini selamat?
Jawapan : Homeopathy merupakan konsep perubatan yang amat selamat, selagi disediakan dari bahan-bahan yang 100% dari Homeopaty. Homeopathy menyebut penawar bukan ubat-ubatan kerana bahan asas penawar Homeopathy ialah dari bahan-bahan semulajadi seperti bunga, daun, kulit tumbuhan, akar-akar dan bahan galian dari hasil bumi. Tidak terdapat unsur racun mahupun
bahan dadah dan bahan kimia. Ujikaji penawar Homeopathy dijalankan pada manusia bukan pada haiwan seperti tikus yang biasa diamalkan oleh perubatan konvensional. Malah Kementerian Kesihatan Malaysia pernah mengeluarkan kenyataan seperti dibawah :
" Berita Harian, Sabtu - 20 Februari 1999 Kuala Lumpur (Malaysia) - Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan."
2. Adakah berkesan penawar Homeopathy ini tanpa membuat pemeriksaan fizikal pada pesakit?
Jawapan: Homeopathy menggunakan kaedah merawat pesakit dengan mengenal pasti simptom-simptom pesakit. Amat membantu sekiranya pesakit telah membuat pemeriksaan di klinik ataupun hospital konvensional, kerana penyakit telah dikenal pasti. Memudahkan pengamal Homeopathy menyediakan penawar yang sesuai dengan penyakit tersebut.
3.
Adakah Homeopathy ini betul-betul berkesan atau hanya setakat gimik pemasaran?
Jawapan : Air mineral yang dijampi pun kalau diizinkan Allah maka sembuhlah penyakit tersebut,penawar Homeopathy
telah menjalani pelbagai ujian klinikal dan telah dibukukan didalam Materia Medica yang mengklasifikasikan setiap penawar bagi setiap penyakit. Homeopathy adalah perubatan alternatif yang lengkap dan tersusun, maka kadar penyembuhan adalah amat menggalakkan. Homeopathy bertindak memperkuatkan sistem antibodi dan menggalakkan self healing system didalam tubuh untuk menyembuhkan penyakit.
4. Adakah Homeopathy ini kaedah perubatan herba?
Jawapan : Tidak, Homeopathy bukan herba. Walaupun 99% penawar homeopathy dari tumbuh-tumbuhan Homeopathy bukan rawatan herba dan konsepnya amat jauh berbeza.
5. Bagaimana kami boleh mempastikan setiap pembelian kami selamat?
Jawapan : Untuk mempastikan kami benar-benar ujud para pelanggan bolehlah menghubungi kami di talian yang terdapat di dalam CONTACT US, ataupun klik di LIVE SUPPORT Yahoo Messenger sekiranya kami ONLINE. Selepas pembayaran dibuat kami akan menghantar no slip pos laju kepada pelanggan dan boleh menggunakan POS LAJU TRACKING SYSTEM, internet Tracking : http://202.185.150.100/emstrack/search.asp
6. Bagaimana sekiranya terdapat pesanan yang pecah, rosak atau tidak seperti yang dipesan?
Jawapan : Sekiranya pesanan itu pecah atau rosak, kami akan menggantikan dengan yang baru sekiranya pelanggan-pelanggan memaklumkan kepada kami dalam tempoh 24 jam dan menghantar semula pesanan tersebut kepada kami. Setelah kami pasti barangan tersebut rosak atau pecah kami akan menghantar semula barangan ganti dalam tempoh 48 jam. Walaubagaimanapun sepanjang 2 tahun kami beroperasi kejadian pesanan pecah, rosak dan tidak menepati pesanan belum pernah terjadi lagi.
Sila majukan soalan anda di anwar@solaris-marketing.com.