Gout atau arthritis terjadi bila kristal uric acid berada di dalam atau di sekltar sendi-sendi kita. Ia amat menyakitkan dan rasa yang amat tidak selesa. Punca terjadinya Gout ialah dari pemakanan, genetik ataupun akibat dari ubat-ubatan juga.
Penawar homeopathy dapat melegakan serangan Gout ini dengan cepat sekiranya penawar yang di ambil sepadan dengan simptom yang dapat disembuhkan.
Arnica - Arnica amat tekenal dengan kejayaan merawati pesakit yang tercedera akibat kemalangan, tetapi Arnica juga dapat merawat Gout dengan simptom seperti bengkak dan lebam dan sakit bila berjalan. Pesakit tersebut tidak mahu didekati atau disentuh kerana khuatir dengan ia akan mengakibatkan kesakitan.
Belladonna - Serangan Gout yang tiba-tiba, amat menyakitkan, terasa panas di sendi, sendi-sendi kelihatan merah, rasa terbakar dan berkilat, sakit rasa seperti benda tajam menyucuk dan rasa sakit bila disentuh dan rasa tertekan. Pesakit akan merasa letih, muka merah dan panas.

Beberis Vulgaris
Berberis Vulgaris - Sakit yang terasa macam benda tajam di sendi atau di satu sudut sendi sahaja, sakit lebih teruk bila bergerak atau mengubah kedudukan badan, Beberis juga untuk pesakit yang sentiasa merungut sakit di belakang atau pinggang yang menjurus kepada permasalahan buah pinggang (batu karang).

Bryonia Alba
Bryonia -
Pesakit yang memerlukan penawar ini bila pergerakan yang sedikit pun akan mengakibatkan kesakitan, sendi-sendi bengkak dan panas. Kawasan yang membengkak sakit bila disentuh. Lutut sukar dibengkokkan dan kaki mungkin akan membengkak. Pesakit yang memerlukan Bronia ini amat cerewet , suka bersikap tidak suka orang lain mengambil tahu dan tidak mahu disentuh.
Calcarea Flourica - Penawar ini bagi pesakit yang bila sendi jari kaki atau tangan membengkak, begitu juga lutut dan ibu jari juga mungkin membengkak, dan sendi akan berbunyi bila bergerak. Kesakitan yang dialami ialah seperti ditikam-tikam benda tajam. Kesakitan bertambah melarat bila berlaku perubahan cuaca dan suhu yang panas mungkin dapat melegakan.
Colchicum - Penawar ini untuk Gout yang mengakibatkan ibu jari kaki atau tumit membengkak. Pesakit akan merasa yang amat sakit bila bergerak atau disentuh. Simptom lain yang perlukan penawar ini ialah seperti sendi membengkak, merah dan panas, kesakitan melarat pada waktu petang dan malam, perubahan cuaca, terasa di dalam tubuh sejuk dan sangat letih.
Ledum palustre - Penawar ini untuk pesakit Gout yang mana kaki dan ibu jari kaki membengkak dengan teruk dan besar.Penawar ini untuk pesakit Gout yang merasa lega bila disapu dengan benda yang sejuk.
Rhododendron - Ibu jari kaki pesakit akan membengkak sebelum terjadinya ribut, lain-lain sendi juga mungkin akan sakit dan membengkak, terutama sendi pada sebelah kanan badan. Kesakitan melarat selalunya di awal pagi dan duduk pada satu tempat pada masa yang lama. Pesakit akan merasa selesa bila berada ditempat panas dan selepas makan.
Rhus toxicodendron - Penawar ini dapat membantu sekiranya pesakit menunjukkan simptom bila sendi-sendi terasa panas, tidak dapat dibengkokkan, sendi terasa sakit dan membengkak. Melarat bila cuaca sejuk dan basah dan akan merasa lega bila berada di tempat yang panas dan bergerak.
Sulphur - Kesakitan akibat Gout yang melibatkan sendi yang sakit dan terasa gatal-gatal, lutut juga akan merasa sakit. Kesakitan melarat akibat panas dan cuaca yang lembab.
Cadangan Pengambilan Penawar
Pesakit adalah dinasihatkan memberi maklumat lanjut kepada kam,i simptom-simptom lain sekiranya tidak terdapat seperti di atas, penawar Homeopathy ini sesuai diambil dengan kombinasi contohnya simptom-simptom terdapat pada Bryonia, Ledum Palustre dan Rhododenron. Kombinasi penawar akan mempercepatkan tindak balas penawar terhadap penyakit tersebut dengan merawat kesemua simptom dalam satui masa.
Penawar adalah disediakan dalam bentuk cecair. Kami menggunakan kaedah spray atau titik (di dalam botol 22ml yang dititik mengikut sukatan yang akan diberitahu dan campur dengan sedikit air). Bagi spray setiap satu berharga RM25.00 dan penawar berbentuk titik adalah ready products dari pengilang terkenal di Germany yang telah dicampur dengan pelbagai penawar (kombinasi) berharga RM45.00 setiap botol.
Homeopathy tidak dicampur dengan dadah dan bahan kimia terlarang oleh itu penawar homeopathy tidak ada kesan sampingan atau kemudaratan pada pesakit.
Untuk pertanyaan dan pesanan boleh hubungi kami di 019-2570023 atau email.
|