Wanita ialah makhluk Allah yang amat komplek, wanita mampu melahirkan anak dan menyediakan susu bagi bayi mereka oleh itu dari kelebihan yang telah dianugerah itu pelbagai penyakit juga mengiringi wanita seiring dengan meningkatnya umur seseorang wanita tersebut.
Kalau disenaraikan masalah kesihatan seseorang wanita, ia agak panjang tetapi di sini kita bincangkan beberapa masaah kesihatan utama pada seseorang wanita iaitu,
1. Sindrom prahaid (premenstrual syndrome)
2. Cystitis (infeksi di pepundi kencing)
3. Masalah Vagina (vaginitis)
4. Cyst dan Fibroid (cyst and Fibroids)
5. Endometriosis
5. Kesuburan dan Perancang kehamilan (fertility and contraception)
6. Menopause
6. Osteoporosis
Wanita di negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Peranchis menggunakan penawar Homeopathy sebagai pilihan utama selain perubatan konvensional, malah terdapat hospital-hospital yang menggunakan penawar Homeopathy sepenuhnya di negara-negara tersebut.
Homeopathy yang telah melangkau lebih 200 tahun terbukti telah merawat jutaan manusia dengan kadar penyembuhan yang memberangsangkan, Homeopathy menyembuhkan penyakit bukan membenam, memberi kelegaan sementara atau dengan teknik surgeri iaitu membedah dan membuang organ-organ yang telah dijangkiti.
Sindrom prahaid (premenstrual syndrome)
PMS atau sindrome prahaid, memang menjadi bualan setiap wanita, selalunya bila kitaran haid semakin hampir setiap wanita yang sering diserang PMS akan mula risau dan mula membeli ubat ubatan yang bakal mengundang pelbagai kesan sampingan. Homeopathy amat efektif didalam menangani pelbagai masalah PMS seperti kekejangan (sakit di abdomen), rasa tidak sedap perut atau kembung, terpaksa membengkokkan badan bagi menahan kesakitan, pelbagai serangan psikologi dan lain-lain rasa tidak selesa sepanjang waktu kitaran haid.
Penawar seperti Pulsatilla (kekejangan) penawar yang penting dan utama bila membicarakan sindrom prahaid, Belladonna (kesakitan sehingga membongkok atau mengerang , kesakitan yang datang dan pergi tiba-tiba, kadang-kadang dengan sakit kepala), Magnesia Phos (kekejangan yang teruk di abdomen dan terpaksa membongkok dan lega sedikit dengan urutan atau dengan tuam), Colocynthis (juga menyerupai simptom Magnesia Phos tetapi kekejangan di abdomen yang lebih teruk dan meletihkan). Selain dari penawar-penawar yang tersebut terdapat banyak lagi penawar yang boleh di preskripsikan mengikut simptom-simptom PMS, setiap wanita atau manusia mempunyai penyakit yang sama tetapi mempunyai simptom yang berlainan oleh itu untuk mendapat kesan penyembuhan yang cepat, keterangan yang jelas mengenai simptom-simptom dapat merawat dengan lebih berkesan.
Cystitis (infeksi di pepundi kencing atau di sebut kencing tidak lawas)
Infeksi (infection) di pepundi kencing (bladder) sering mengganggu aktiviti seseorang wanita,Homeopathy dapat merawat dengan efektif infeksi di saluran kencing dengan beberapa penawar seperti, Champora penawar pertama yang perlu diambil, ia berfungsi sebagai antidot kepada infeksi atau infeksi selepas itu barulah dengan lain-lain penawar. Cantharis (rasa panas, sakit yang menyucuk sebelum, sewaktu dan selepas membuang air kecil, setiap titis air kecil pekat dan sering terasa untuk membuang air kecil), Sarsaparilla (kesakitan diakhir pembuangan air kecil, sakit terasa panas dan terasa kerap ingin membuang air kecil, selalunya air kencing boleh dibuang hanya sekiranya pesakit itu berdiri)
Berberis, Pulsatilla, Apis, Belladonna, Nux vomica beberapa nama penawar yang selalunya digunakan.
Causticum diantara penawar yang dapat menyembuhkan cystitis sekiranya terjadi selepas surgeri, dimana air kencing terkeluar secara tidak sedar bila bersin atau batuk.
Untuk mendapat kesan penyembuhan yang cepat dan berkesan, keterangan yang jelas mengenai simptom-simptom dapat merawat dengan lebih efektif.
Masalah Vagina (vaginitis)
Vaginitis selalu dirujuk, sebagai keadaan inflamasi di vagina akibat dari jangkitan (contoh jangkitan dari Candida albicans, Trichomonas vaginalis, Gardnerella vaginalis, or Chlamydia trachomatis) atau terdedah pada bahan kimia atau alergik. Simptom vaginitis biasanya terjadi pengeluaran cecair dari vagina (discaj), terjadi kemerahan yang gatal dan sakit yang rasa panas atau rasa terbakar.
Salah satu jenis vaginitis yang biasa terjadi ialah jangkitan kulat (yeast infection), selalunya akibat jangkitan kulat Candida albicans. Di vagina memang sudah terdapat sejumlah kuantiti kecil kulat tetapi antibodi dapat mengawal kulat tersebut dan tidak menjadi infeksi, tetapi bila microorganism yang "jahat" dapat mengalahkan yang baik maka vagina tidak mampu mengawal kulat dan terjadi infeksi.
Penawar Homeopathy bukanlah anti-kulat atau anti bakteria pada pandangan umum dan ahli perubatan konvensional, tetapi dari kajian klinikal penawar Homeopathy dapat menguatkan "benteng pertahanan" pada seseorang wanita dan selepas itu membina antibodi yang kuat, dan boleh melawan jangkitan tersebut dengan kekuatan antibodi tersebut.
Di namakan beberapa penawar di sini seperti,
pulsatilla, Kreosotum, Borax, Hydrastis, Sepia, Graphites dan Calcarea carb.
Untuk mendapat kesan penyembuhan yang cepat dan berkesan, keterangan yang jelas mengenai simptom-simptom dapat merawat dengan lebih.
Cyst dan Fibroid (cyst and Fibroids)
Cyst ialah cecair yang berada di dalam kantung yang terjadi dibawah kulit dan boleh terjadi di payudara, ovari dan di vagina, dan kadang-kadang tidak mengganggu kehidupan seharian seseorang wanita sehinggalah cyst tersebut menekan sesuatu organ atau saraf sehingga mengakibatkan kesakitan.
Fibroids pula ialah ketumbuhan yang bukan kanser yang tumbuh di atas atau didalam dinding uterus,
dan menyebabkan kencing berdarah, merasa sakit sewaktu melakukan hubungan kelamin, pundi dan usus terasa tertekan.
Bagi pengamal perubatan konvensional kaedah "membuang" (surgeri) adalah pilihan utama, tetapi bagi pengamal Homeopathy berusaha menyembukan dari membuang. Mengikut kes dan kajian cyst dapat dirawat dengan berkesan dengan Homeopathy di mana 40 kes yang dirawat 36 orang telah bebas dari cyst, sementara fibroids mengambil masa yang lama untuk sembuh. Rawatan homeopathy pada fibroids lebih berkesan sekiranya di peringkat awal ketumbuhan fibroids itu di kesan.
Penawar yang boleh di preskripsi untuk cyst ialah Apis mellifica, Belladonna, Lachesis dan Arsenicum
Bagi uterus fibroids penawar-penawar berikut berjaya mengecut ketumbuhan fibroids tersebut, penawar tersebut ialah ;
CALCAREA CARB - indikasi bagi wanita haid terlalu awal, banyak dan haid yang panjang akibat dari fibroids uterin.
PHOSPHORUS - indikasi bagi wanita yang haid terlalu awal, haid yang sedikit dan kitaran yang pendek
SEPIA - adalah untuk wanita yang melalui tempoh pra-menopause, akibat fibroids haid terlalu awal, sedikit dan pada waktu yang pendek.
SILICEA - menyembukan pendarahan (bukan sewaktu haid) intermenstrual akibat fibroids.
THLAPSI BURSA PASTORIS - penawar untuk wanita yang haidnya, akan berselang seli (kitaran 1) agak panjang dan selepas kitaran berikut (kitaran 2) kembali normal, dan akan menghadapi haid yang panjang pada kitaran yang berikut (kitaran 3).
Endometriosis
Simptom Endometriosis terjadi didalam pelbagai keadaan seperti kesakitan sewaktu datang bulan, payudara membengkak, sakit pinggang sebelum haid, tidak subur, pening-pening, sakit sewaktu hubungan intim dan tekanan perasaan.
Rawatan konvensional bermacam-macam dan menyusahkan pesakit , rawatan selalunya menggunakan ubatan yang berasaskan bahan kimia yang menyekat atau mengurangkan (suppress or restrain) hormon ovari dan hormon pituari yang mengawal sistem tubuh seseorang wanita. Akibat dari rawatan yang berasaskan drugs
, ia menghasilkan kesan sampingan dengan meningkatkan hormon maskulin kepada wanita tersebut seperti pertumbuhan rerambut dan perubahan pada suara yang menjurus kepada seseorang lelaki. Sesetengah pengamal konvensional juga mengambil jalan pintas dengan surgeri dengan membuang organ-organ yang bermasalah.
Bagi pesakit mereka berharap sesuatu yang pantas untuk sembuh dan menerima rawatan secara konvensional, dan tidak dinafikan pesakit mendapat kelegaan segera tetapi mereka tidak sedar kesan yang bakal menimpa mereka, hanya menunggu masa sahaja untuk menyerang, dimana "serangan semula" atau recurrence of the original condition boleh terjadi semula.
Homeopathy dianggap perlahan (slow actions) sewaktu menyembuhkan penyakit
, ada yang melabelkan penawar homeopathy adalah tidak berfungsi langsung untuk menyembuhkan. Ini adalah kerana pesakit yang telah gagal dengan perubatan konvensional, akan mendapatkan perubatan alternatif seperti Homeopathy, maka pengamal Homeopathy selalunya akan merawat pesakit yang menderita pada jangkamasa yang panjang, pesakit yang telah kronik dan telah melalui surgeri. Adakah Homeopathy lambat bertindak ?.
Penawar yang mampu menyembuhkan Endometriosis, agak serupa dengan penawar cyst dan fibroids seperti Lachesis dan Calcarea Carb.
Kesuburan dan Perancang kehamilan (fertility and contraception)
Homeopathy terbukti berjaya "mengembalikan" tahap kesihatan wanita-wanita, oleh itu kesuburan juga akan "kembali".
Terdapat pertanyaan dari pelanggan-pelanggan kami, samada Homeopathy mempunyai penawar perancang keluarga atau "contraceptive", jawapannya "TIDAK ADA". Ini adalah kerana penawar homeopathy tidak ada yang yang memberhentikan proses atau menyekat ( suppress or restrain), Homeopathy merawat dan menjadikan seseorang itu sembuh dan hanya akan mengekal kesuburan seseorang wanita.
Terdapat pelbagai penawar untuk mengatasi ketidaksuburan seseorang wanita dan rawatan ini agak komplek kerana ia melibatkan kehamilan. oleh itu kami boleh membantu sekiranya ada yang ingin mencuba.
Menopause
Menopause akan terjadi pada setiap wanita seawal umur 50 tahun dan akan merubah seseorang wanita pada phasa baru kehidupan dimana dia akan tidak "datang haid" sepenuhnya. Sesetengah pengamal perubatan mengklasifikasikan menopause adalah sejenis penyakit.
Penawar untuk menopause adalah berbeza-beza mengikut keadaan wanita yang mengalami menopause, oleh itu kami tidak menyenaraikan di sini kerana lebih dari 20-30 penawar yang dapat digunakan untuk memberi kelegaan kepada wanita menopause.
Oleh itu kami menyarankan pada puan-puan agar menghubungi kami di talian 019-257 0023 ataupun fax 03-61854750 atau email , sila nyatakan simptom-simptom puan yang terjadi dan kami akan membuat cadangan penawar-penawar yang sesuai.
Osteoporosis
Osteoporosis adalah masalah yang terjadi pada kaum wanita dan lelaki, tetapi kebanyakkan kaum wanita lebih menderita kerana pada waktu yang sama mungkin mengalami menopause.Homeopathy pada sejarah dan laporan klinikal, mempunyai rekod yang cemerlang menyembuh wanita-wanita di seluruh dunia.
Selain susu untuk Osteoporosis, Homeopathy juga mempunyai beberapa penawar yang berasaskan Bio Chemic Salt iaitu Calcarea phos (calcium phosphate), memang terkenal sebagai penawar untuk membina tulang.Sila ke Info : Bio Chemic (Perubatan Biokimia) untuk mendapat maklumat lanjut.
|